Fri .   |   |
Nama Fakulti
  • HOME
  • Activities / Announcements

2016 International Essay Contest For Young People

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada warga UniSZA yang dihormati sekalian,

Sukacita dipanjangkan tawaran untuk menyertai '2016 International Essay
Contest for Young People' untuk rujukan dan makluman selanjutnya.  Muat
turun lampiran boleh dibuat di
https://drive.unisza.edu.my/index.php/s/TrpwyqukjHlkqRt

Maklumat lanjut dan garis panduan penyertaan bagi pertandingan ini boleh
dirujuk di laman sesawang :

http://www.goipeace.or.jp/english/activities/programs/1601.html

Warga UniSZA yang berminat perlu mengemukakan permohonan lengkap terus
kepada penganjur secara atas talian  sebelum atau pada 15 Jun 2016.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Sekian, harap maklum.


-- 
b.p Pengarah
Unit Komunikasi Korporat & Antarabangsa (UKKA)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak

Tel: 6688946/8951
Faks : 09-6687869
 2016EssayTitleEN

Bengkel Kelip

 

BENGKEL KELIP update

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan akan menganjurkan Bengkel e-pembelajaran (KELIP).

Maklumat terperinci pelaksanaan Bengkel adalah:

Hari/ Tarikh     : Ahad/ 23rd Julai 2017

Masa                 : 2:30 p.m. – 4:30 p.m.

Tempat             : Makmal Bioinformatik, Blok F6, Aras 1,  Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Kampus Besut, Terengganu Darul Iman

Sekian terima kasih.

Bengkel Pelan Strategik FBIM 2018

Bengkel Pelan Strategik

 

Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) akan menganjurkan Bengkel Pelan Strategik FBIM 2018 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari   : 28 Februari hingga 1 Mac 2018 (Rabu - Jumaat)

Tempat          : Bilik Seminar 1, Aras bawah, Blok F2, Fakulti Biosumber dan Industri Mananan (FBIM), UniSZA Kampus Besut.

Bil. Peserta   : 58 Orang

Tujuan utama bengkel ini adalah:

  1. Merangka halatuju Fakulti bersesuaian dengan perancangan universiti.
  2. Menetapkan sasaran 2018 agar dapat diselaraskan dengan KPI Pelan Strategik UniSZA.
  3. Memberi penjelasan berkenaan penyediaan pelan tindakan untuk mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
  4. Menambahbaik pengurusan Fakulti.

Urusetia untuk dihubungi:

Fadlina Ismail, Penolong Pendaftar Kanan, FBIM, Ext: 09-6993435:  H/p: 019-9995408

 

Bengkel Pembangunan Penyelidikan

Bengkel Penyelidikan 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) Universiti Sultan Zainal Abidin akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Penyelidikan 2018 “Ke Arah Pemerkasaan Penyelidikan dan Penerbitan Akademik”.

Maklumat terperinci pelaksanaan Bengkel tersebut adalah:

Tarikh/ Hari        : 21- 22 Februari 2018 (Rabu dan Khamis)

Masa                    : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat                : UniSZA Digital Hub, UniSZA Kampus Besut,

Jesteru itu, mana-mana pensyarah yang berminat untuk memohon FRGS bagi sesi 2018 ini, diminta untuk menyediakan proposal lengkap mengikut format proposal seperti dalam website myGrants.

Pensyarah yang akan hadir diminta untuk membawa bersama laptop masing-masing semasa bengkel ini diadakan.

Sekian terima kasih.